Background

Syarat Jual Hartanah Kepada Warga Asing : (Tidak Boleh Jual Rumah & Status Freehold. Minimum Harga RM1 Juta). Apa Kata Anda?


Property-Malaysia-2013
Baru-baru ini, Berita Semasa ada singgah ke beberapa showroom hartanah. Sempat berborak panjang dengan beberapa individu bahagian jualan & promosi hartanah mereka. Berita Semasa ada bertanyakan beberapa persoalan, antaranya :
  • Macammanamana dengan jualan hartanah anda sekarang?
  • Mudah mahu menjual hartanah anda ini? Berdasarkan nilai satu kaki persegi yang anda tawarkan untuk jualan bagi kami agak tinggi. Tidak rasa risaukah atau terbebankan sekaligus akan memberikan kesan jualan hartanah anda jikalau rakyat Malaysia tidak boleh membelinya?
Apa jawapannya? Jangan risau tuan. Kalau orang Malaysia tidak boleh beli,orang Singapore ramai yang lebih berminat dan berkemampuan, saudagar Arab, pelabur daripada China. Nampak? Ada mereka kisah mengenai nasib & masalah rakyat Malaysia?
hartanah malaysiaKata beliau lagi, sebenarnya tuan pemaju hartanah ini adalah dari Singapore. Jadi memang perancangannya untuk menarik kebanyakan pelabur daripada Singapore untuk memiliki hartanah alternatif di Malaysia. Apalah sangat dengan hartanah bernilai dengan RM700,000 atau RM1 juta di Malaysia bagi pelabur Singapore. Ini kerana untuk harga sebegitu rupa di Singapore, mereka hanya berhak dan mampu merasai sekitar setengah sahaja keluasan kaki persegi seperti yang ditawarkan di Malaysia.
Jadi, jikalau pemaju hartanah di Malaysia tidak ambil peduli dengan nasib golongan pertengahan dan serdahana serta berpendapatan rendah di Malaysia, siapa yang patut ambil langkah yang lebih efektif dan “keras” terhadap kapitalis hartanah ini?

Categories: Share

Leave a Reply