Background

Demokrasi terpimpin kepala hotak kau

Tajuk kali ini mungkin agak kasar. Sebenarnya aku petik ayat tu dari filem 3 Abdul arahan Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Sudah lebih sebulan rakyat Malaysia menyambut perayaan besar sebagai sebuah negara demokrasi iaitu Pilihanraya Umum ke 13. Dalam PRU 13 yang lepas, BN masih mengekalkan kemenangan berdasarkan "Simple Majority", walaubagaimanapun Pakatan Rakyat mendapat undi popular yang lebih besar hanya mampu berputih mata.

Inilah kisahnya demokrasi di dunia ini, Sistem yang dicipta oleh manusia pasti akan ada kelemahannya. Sistem yang dikatakan baik ini akhirnya memberi bukti kepada mereka yang mahu mengambil pengajaran bahawa ia adalah satu sistem yang tidak stabil. Nabi Muhammad dan para sahabat telah menunjukkan contoh sistem yang patut diterapkan didalam sebuah negara, namun kita tetap merasakan bahawa sistem yang dihasilkan oleh puak orientalis barat ini jugalah yang terbaik. Kita abaikan teladan dan pengajaran yang telah disampaikan oleh baginda dan juga di dalam Quran.

Hari ini sudah lebih sebulan PRU 13 berakhir, namun bak kata pepatah "Rumah dah siap, pahat masih berbunyi". Pakatan Rakyat yang tewas tidak berpuas hati dengan keputusan yang dikatakan tidak adil dan wujud unsur unsur penipuan. Mereka saban minggu mengadakan demonstrasi untuk membantah keputusan PRU 13 dan cuba mendesak agar PRU diadakan semula untuk beberapa buah kerusi. BN yang menang juga belum mampu menunjukkan satu pentadbiran yang baik mungkin dek kerana terus menerus diserang oleh PR.

Selain daripada isu ketidakpuasan hati ini, isu perkauman juga kembali hangat diperkatakan. Ini kerana keputusan PRU 13 yang lepas menunjukkan bahawa kaum cina ternyata memberi sokongan kepada PR. Ini terbukti apabila MCA dan GERAKAN sebagai parti yang mewakili kaum Cina di dalam BN kalah teruk. Beberapa kumpulan melayu tersentak dengan situasi ini dan usaha penyatuan sedang dilakukan.

Inilah hasil demokrasi, sebuah sistem ciptaan manusia yang sememangnya wujud kepincangan yang nya.

Semoga kita semua sedar bahawa Sistem Demokrasi adalah satu sistem yang merosakkan. Jika rakyat pun tidak dapat kebaikan dengan sistem ini, sudah tentu amatlah sukar bagi Islam untuk didaulatkan di bumi bertuah ini dengan jalan demokrasi ini..

Wallahua'lam

Categories: Share

Leave a Reply