Background

Malaysia VS Barcelona 2013 (1-3). Persembahan Pasukan Harimau Malaya. Apa Kata Anda?

Malaysia vs barcelona
Malaysia VS Barcelona : Boleh tahan tajuk berita daripada akhbar arus perdana Malaysia. Apa yang boleh Berita Semasa simpulkan selepas menonton sendiri perlawanan Malaysia VS Barcelona :
  • Barcelona main tidak seperti ketika mereka membelasah Thailand, semestinya Barcelona telah pun membuat homework sebelum turun menetang pasukan Malaysia
  • Seperti apa yang dikatakan tetamu yang hadir bersama mengulas dalam perlawanan Malaysia Vs Barcelona iaitu Bojan Hodak. Apa kata dia? Barcelona hanya menggunakan 30%-40% kekuatan sebenar mereka dalam perlawanan Malaysia Vs Barcelona
  • Apatah lagi, Barcelona tidak memasukkan bintang Barcelona paling berharga Lionel Messi
  • Ditambah pula pasukan yang bernilai ratusan juta dolar Amerika ini pastinya tidak mahu mengambil risiko besar apabila mereka bakal memulakan perlawanan La Liga 17 Ogos 2013 bagi mengelakkan kecederaan dikalangan pemain-pemainnya hanya semata-mata mahu menang besar dalam perlawanan persahabatan.
Walaubagaimanapun, Berita Semasa memuji juga bukan kepada keseluruhan pasukan Harimau Malaya tetapi kepada beberapa pemain yang dilihat berada di tahap yang sepatutnya. Barisan tengah Malaysia sangat memualkan.

Malaysia VS Barcelona : Prestasi Pasukan Harimau Malaya?

Pada pandangan Berita Semasa penjaga gol Perak atau Selangor adalah calon terbaik penjaga gol kebangsaan pada masa kini. Apek? Sudah “downhill”. Farizal memang konsisten prestasinya daripada 2 tahun lepas sehinggalah sekarang.
Berita Semasa boleh katakan bahagian pertahanan memang boleh dikatakan agak baik malam tersebut. Aidil Zafuan memang pertahanan terbaik negara. Tetapi adakalanya ketika Barcelona cuba menerobos masuk ke kubu pertahanan pemain Malaysia seperti terpaku dan tegak berdiri ibarat berdiri di depan tiang bendera Malaysia tanpa cuba menganggu gugat pergerakan pemain Barcelona. Kenapa ya? Rajagopal, eksperimen apakah kali ini?
Bahagian tengah pula….Safiq Rahim? Erm…..walaupun Safiq Rahim banyak pengalaman tetapi zaman kegemilangan beliau sudah lama berlalu. Sepatutnya dihantikan dengan Piya. Setuju?
Bahagian serangan pula, Mat Yo masih berbisa tetapi tidak untuk Safee Sali. Zaman beliau pun sudah berlalu. Sepatutnya diberikan peluang kepada penyerang-penyerang yang lain. Dalam pada masa yang sama, ucapana tahniah kepada Amri Yahya di atas keyakinan tinggi sehingga berjaya menjaring gol yang agak cantik ketika Malaysia VS Barcelona. Tahniah!
Sudah sampai masanya “Raja” digantikan dengan yang lain. Daripada tahun 2007 sehinggalah 2013 masih dengan barisan pemain yang sama. Sepatutnya lebih ramai bakat baru dicungkil dan diberikan peluang dan pendedahan serta pengalaman.
malaysia vs barcelona
Sekadar pandangan daripada Berita Semasa. Apa pendapat anda pula dalam perlawanan Malaysia VS Barcelona tempoh hari?

Gambar Malaysia VS Barcelona : Gelagat Pemain Catalan

P/S : Dalam pada mahu membuat rombakan pemian dan jurulatih, kualiti padang juga harus diutamakan aset paling bernilai bola iaitu kedua kaki mereka baik untuk pemain berkelas dunia atau berkelas serantau “terjaga”

Categories: Share

Leave a Reply